Friday, July 29, 2011

pengalaman berdiri di atas kaki sendiri.

8.00 malam.

"kecenggg kecengggg !!" gerabak-gerabak kereta api sepintas lalu bergerak di hadapanku.hanya sekilas pandang.pantas!..L4,koc kami.apabila menjejakkan kaki di dalam gerabak,ia terus bergerak dengan pantas seperti siput.dari alor star ke Kl sentral.

10.00 malam.

oh tuhanku.lama sungguh kereta api ini bergerak.sejuk! penghawa dingin yang terlalu dingin.sahabatku Nur Amalina kesejukkan bergetar bibir.aku jua. :|
ditambah pula lelaki-lelaki yang agak bising dan gatal.aku sungguh tidak selesa untuk melelapkan mata !.ditambah lagi cahaya lampu yang tidak di"off"kan.mengapa!?

6 pagi.

Mina melaporkan berita bahawa dia sejuk hidung.aku? sejuk kaki!...tangan! (lupa bawak sweater).dalam bayangan aku kereta api di malaysia seperti di india.(cerita hindustan).
rupa-rupanya aku silap..malaysia maju.

7.30 pagi.

tiba.:)..mataku berjulingan kerana mengantuk.seorang lelaki bertanya padaku "x tido ke?"
aku hanya membalas senyuman berserta mata julingku..pak cik di hadapan sudah eksited nak turun train yang agak lembs.

8.00 pagi.

berpusing di kawasan KL sentral.tunggu bas U80 untuk ke shah alam.
tiba di shah alam.naik teksi bersama Mina ke UiTM Shah Alam untuk ambil transcript result.excited!.tapi geram apabila staf cakap isi borang dan boleh ambil transkrip 5 hari lagi smbil senyum.oh puan,saya datang dari kedah datang hanya sehari =.=".

11.00 tengah hari

naik teksi ke komuter shah alam.ambil tiket komuter untuk ke Nilai.aku tersengguk-sengguk di dalam komuter.tidak malu sama sekali pada penumpang lain.Mina pasti sudah gelakkan aku.well,penat. :|

12.00 tengah hari.

sampai di nilai terus ambil teksi bersama Mina dan menuju ke UIA.Mina pulak ambil transkrip.
dia dapat transcript dia dengan cepat! oh jeles.terus masuk ke cafe! MAKAN! lapar dan mengantuk! tapi best! :D.seterusnya mandi di dalam dorm kawan mina di UIA.

3.00 petang.

berjalan dengan mina dan sahabat UIA nya di pekan nilai.
berphotshoot sebentar.

4.45 petang.

Mina called pak cik teksi.teksi tiba.kami menuju ke komuter Nilai.naik komuter lagi =.=".
menuju ke stesen UKM.

5.30 petang.

sampai jalan UKM.pergi rumah mak cik kepada Mina.rehat di sana.

8.00 malam.

mak cik dan pak cik Mina hantarkan kami ke komuter UKM.menuju kembali ke KL sentral untuk pulang ke rumah.

9.30 malam.

tiba di KL sentral.ouhhh my..terlepas train "==. aku menenangkan Mina yang tengah gelabah.aku yang nampak cool tapi gabra lantas ke teksi untuk bertanyakan stesen bas yang terdekat.

9.45 malam.

bergerak ke hentian duta.beli tiket bas pada jam 10.00 malam.kami naik bas dan bergerak pulang ke destinasi Alor Star.Mina dan aku bersyukur kerana masih ada bas.dan SERIK untuk naik kereta api yang agak macam siput cacat.


2.00 pagi

aku baru sedar hanya kami berdua anak dara di dalam bas itu.oh tidak mamat-mamat depan dan belakang ni agak bising.tak dapat aku nak tidur dengan nyenyak.

3.00 pagi.

tiba dengan selamat di Shahab Perdana Alor Star.Alhamdulillah. ya Allah penatku hanya tuhan yang tahu.



p/s : pengalaman bergerak sendiri tanpa ibu dan bapa agak sulit tapi best. :)