Wednesday, February 15, 2012

kenangan ketikaku kecil

assalamualaikum~
di waktu petang yg hening aku baru pulang dari rumah tok kesayangan.
alahh tak jauh pun, pejam lepas tu celik harrrrrrrrrrr dah sampai. haha.
tekan starter motor lepas tu vrooooooooooom!
tadaaaaaaa da sampai rumah. :)
kalau cuti tak sah kalau aku tak pegi tido rumah tok even sehari pun jadi lah.
sebab ?
sebab aku sayanggggggggggggggggggg tok aku. dia dah macam mak kedua aku :)
andddd satu lagi, sebab aku dibesarkan di situ sampai lah aku berumur 10 tahun...lepas tu, aku and family pindah sampailah sekrang. tapi tak jauh pun dari rumah tok, selang beberapa buah rumah ja. :D

semalam waktu tidur dengan tok aku, kepala otak aku mula teringat zaman aku kecik2 yang tahu bermain, tiada masalah yg perlu dipikirkan.

Dulu....

aku dibesarkan tanpa kemewahan. tapi aku tetap bersyukur dan setiap kenangan yg aku lalui semasa kecil TAKKAN mungkin aku lupa. itulah kenangan PALING manis. akn aku simpan kenangan itu sebaik-baiknya :)

aku pernah
tidur di atas tilam tanpa katil dan kadang-kadang dia atas tikar.

masa aku kecil aku tak pernah nampak kipas yang melekat di ceiling. hanya kipas berdiri menemanku dan keluarga.

kalau hujan turun, aku paling gembira...bunyi hujan yang jatuh timpa di atas atap zinc rumah2 kampung tak sama mcm bunyi hujan yang jatuh atas bumbung rumah mewah..
kalau hujan lebat mesti ada atap yg bocor,lepas tu semua pakat lari-lari anak ambil besen untuk tadah air dari atap yg bocor tu..kalau tak ada kilat aku dengan adik lelaki mula la buat perangai nak main hujan.. best sangat ! *tersenyum sambil menaip*

time kecik2 orang paling rajin pergi sekolah aku lah, pernah dapat hadiah dari cikgu kelas sebab tak pernah sekali pun tak datang kelas. full attendance .hieeee.
tapi.. aku tak suka mandi air telaga pagi-pagi...sejukkkkkkkk... tok lah orang yang akan jerang air dalam cerek. bila air dah masak , cerek tu pun bunyi ... bising satu rumah..haha...
bila dah ada air panas baru aku mandi. terima kasih tok :)

lagi..urmm..harrrr.. pernah panjat pokok? anak jati kampung mesti pernah! dulu aku suka panjat pokok jambu air... hiiiiii..nakal wohhh.. macam lelaki...shhhhhh!.haha
tepi pokok jambu air tu aku pernah tanam kucing kesayangan aku yang mati tu..
tiap2 hari aku akan siram 'tanah perkuburan' tu. anak ayam yang mati pun aku tanam....
tiap2 hari aku akan ke reban ayam belakang rumah tok merangkap rumah aku dulu.nak tengok ayam tu bertelur ka tidak..hahaha

aku dulu boleh dikatakan heroin adik lelaki aku lah. selalu protect dia.
belakang rumah tok aku ada kebun.
aku, adik, sepupu-sepupu rajin sangat main dalam kebun tu. tapi lepas tragedi yang boleh dikatakan menakutkan tu kami semua dah tak pergi main dah.
tau tragedi apa??
kisahnya macam ni,
dalam asyik kami semua main dekat busut (rumah anai-anai) tiba2 ada orang berselimutkan kain batik datang dekat dengan kami semua, habis semua lari selerak, yang tinggal adik aku sorang-sorang atas busut tu. yalah, dia kecik lagi .tak tau apa-apa. disebabkan aku sayang sangat adik aku, aku tarik tangan sepupu aku lepas tu pegi dekat orang yang berselimutkan kain batik tu. aku jerit
" woiiii! jangan ambik adik aku! "
sambil baca al-fatihah. (hahahahahaha!)
aku anggap tu hantu! sebab tu aku baca fatihah. at last, aku tahu, orang yang berselimutkan kain batik tu ayah aku. ayah saja nak usik kami, nak buat kami semua serik and tak main lagi dalam kebun. *serius lawak!*
penat ja aku menangis macam orang gila.

tuju tin! aku paling suka main benda neh. bila petang ja sepupu-sepupu dengan kawan-kawan semua mai rumah tok semata-mata nak main tuju tin. hak3...!

congkak??? korang mesti suka main congkak time kecik-kecik. aku pun suka!!! tapi aku tak main dalam kayu congkak yang mcm budak-budak lain main. ayah korekkan tanah buat lubang-lubang untuk
aku & adik aku main congkak.
bestt ! :D

pernah main khemah2? aku pernah cipta khemah dengan sepupu-sepupu dalam kebun belakang rumah tok aku. dengan menggunakan daun-daun pokok nyoq (pokok kelapa)...ghieeee..
lepas siap khemah masak nasi dalam tin susu...curi ikan goreng dalam rumah!.hak3!..best gilaaaa!


pernah pergi sekolah naik basikal?
aku dengan kawan baik aku time sekolah rendah janji nak naik basikal sama-sama pergi sekolah.. dalam perjalanan tu mula la nak lumba basikal (gerek) ! haha...
basikal yang aku naik tu hadiah dari ayah sebab dapat number 1 dalam kelas time sekolah rendah dulu. hik3. aku happy sangat sampai naik basikal tu dalam rumah. bestttt! tak pernah dapat hadiah mcm tu.....walaupun basikal biasa tapi aku sangat happy!!


pernah mengail (memancing). orang kg ckp 'mengai'. hehe..
dulu belakang rumah tok ada kebun limau. petang-petang mesti pergi cari tok aku dekat kebun tu. lepas tu petik buah limau..sedap2!! pernah jugak aku jual buah-buah limau tu dekat pasar malam kampung aku. heeeeeee. back to the topic, aku suka 'mengai' di telaga berhampiran kebun limau tu. seriously, banyak gila ikan dalam telaga tu.

haduiii..letih la pulak bercerita kisah zaman kecik-kecik neh. kalau nak cerita sampai subuh esok pun tak habis.
kalau lah masa boleh reverse kan? nak kembali zaman tu!
tak mungkin. am almost 20 y/o dah pun! :|

wassalam ~ :)