Wednesday, February 27, 2013

Mak & Ayah

tiada insan yang lebih menyayangi kita lebih dari ibu dan ayah kita. dari kecik sampai dah berjanggut sampai dah tua mak ayah tetap menyayangi kita. tetap ambil kisah tentang kita. jadi selagi kita hidup haruslah buat mereka gembira. tidak dinafikan siapa yang x pernah terlepas kata, tersakiti ibu bapa mereka. namun ucaplah kata maaf. buat kebaikan. biar mereka senang hati. 



Mak.

- selalu nasihat macam-macam.dari segi agama, dari segi kehidupan. macam-macam.kalau kita take notes boleh buat buku "nasihat emak" setebal beribu2 muka surat. Infinity mungkin.

- mak selalu prihatin and peka. stiap kali cakap lapar itu lapar ini, pasti mak masak, mak yang carikan.

- kalau cakap nak beli apa2. mak akan cuba jugak cari duit. cuba hulur even sekupang dua

- kalau sedih/gembira, mak lah orang yang paling sudi nak dengar cerita.

-kadang2 kemarahannya bersebab. namun tidak dosa seorang ibu membuat anaknya menitis air mata. tapi berdosa jika kita sebagai anak menitiskan air mata mak.


Ayah.

- kebanyakan ayah di dunia ini x dapat nak tunjuk kasih sayang dengan jelas. kasih syg mereka tersirat.

- ayah sangat prihatin kalau anak2 ada masalah. 

-ayah akan berkorban apa sahaja untuk anaknya berjaya, bahagia dunia akhirat.

- mungkin ramai yang memilih ibu berbanding ayah. tetapi ketahuilah betapa besar pengorbanan seorang ayah.


Bersyukurlah jika masih punyai kedua ibu bapa. bagi yang tiada, insyaAllah dipertemukan di syurga kelak. AMIN..