Saturday, July 16, 2011

apa itu optometri??

before ne aku tak penah pun nak ambil tahu optometri tu macam mana.hehehe..
bab2 nak teroka kerjaya ne memang aku malas.yang aku tahu berhempas pulas belajaq ja.MEMANG TAK PATOT >.< ....okeh,aku tertanya2 "eh,optometris ne yang duk buat spek mata ja ka??" ternyata aku salah =.="... rupa2nya macam ne :

pendapat :

1)senior : kak anis

(optometris)

Optometris pula adalah seseorang yang professional dalam penjagaan kesihatan mata yang dilatih untuk memeriksa kesihatan mata termasuklah refraksi, memberikan kaca mata dan menguruskan pesakit dengan masalah mata.
Optometris dibenarkan untuk memeriksa pesakit dengan masalah kesihatan mata seperti diabetic retinopathy, katarak, glaucoma dan makular degenerasi.
Dalam erti kata yang mudah, mereka boleh check kesihatan mata termasuklah untuk mendapatkan power kaca mata dan memeriksa penyakit mata yang lain.

ruangan komen akak anis:

"waalaikummussalam. Untuk pengetahuan adik aira, adik kawan akak pun sudah masuk foundation optometry tahun lepas. Di MSU kan??? Die pula daripada jurusan farmasi di UIA tau. Tanggapan tiada masa depan tuh salah sama sekali. Dulu pun akak ingat jurusan ni xde masa depan jugak. tapi akak terkejut apabila dapat tahu, setakat ini cuma terdapat 700 optometris di pasaran. Kerjaya optometris ini cuma akan tepu pada tahun 2028. Dan memang optometri amat diperlukan di Malaysia kini. Prospek kerjaya amat luas, adik boleh kerja di dalam atau luar negeri. Buktinya jika kursus ini tiada masa depan, kenapa MARA dan JPA iktiraf kursus ini di dalam dan di luar negara???

_____________________________________________________________________

2)senior : syah


Optometri merupakan satu salah satu bidang perubatan dan kesihatan. Bidang ini merupakan satu bidang professional sama seperti bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, dan sebagainya. Bidang Optometri ini secara umumnya adalah bidang penjagaan penglihatan.

Adalah tidak dinafikan bahawa bidang Optometri banyak dikaitkan dengan rabun dan penghasilan cermin mata. Namun, bidang ini sebenarnya adalah lebih luas daripada apa yang sering dilihat oleh mata umum. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam Optometri, dan ada di antaranya yang sudah lama bertapak di Malaysia. Antara bidang pengkhususan dalam Optometri ialah (mengikut urutan populariti di Malaysia)
1. Kanta Kontak/Kanta Lekap (Contact Lens)
2. Tahap Penglihatan Rendah (Low Vision)
3. Optometri Kanak-Kanak (Pediatric Optometry)
4. Juling & Penglihatan Binocular (Squint and Binocular Vision)
5. Penglihatan Berwarna (Color Vision)
6. Penyakit Mata (Ocular Diseases)
7. Penglihatan untuk Sukan (Sports Vision)
8. Neurologi dan Sains Penglihatan (Neurology and Visual Science)





sekian~