Sunday, August 21, 2011

...:ramadhan bulan mulia:....

*coretan insan yang kurang sempurna*

hasil penemuan google *terima kasih kepada blogger yg byk beri ilmu :)

ramadhan bulan mulia.bulan yang dikatakan satu-satunya bulan bonus untuk kita.segala amalan yang dilakukan akan mendapat ganjaran berlipat ganda.namun adakah masih cukup amalan kita hingga hari ini.??

membaca Al-Quran adalah salah satu amalan mulia yang perlu dikerjakan bukan sahaja di bulan ramadhan bahkan bulan-bulan lain juga.

Kata Rasulullah SAW, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, beserta para malaikat pembawa catatan amal, yang suci dan berbakti. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan ia kesulitan dalam membacanya, maka ia mendapatkan dua pahala.”


mak selalu pesan : selalu kan lah selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.byk kelebihannya..:

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"

  • melaksanakaan perintah Allah s.w.t
  • bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
  • mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
  • bersemaan dngn selawat para malaikat
  • dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
  • dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  • dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  • segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  • mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  • mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
  • Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
  • dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  • mendapat darjat al-sidq
  • ditunaikan segala hajat
  • selamat sejahtera pada hari kiamat
  • Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  • mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
  • selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
  • Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  • mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  • mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  • tidak akan merasai fakir
  • terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
  • mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  • selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  • menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
  • berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
  • terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
  • disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  • mendapat keberkatan Allah
  • mendapat kesempurnaan iman
  • kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  • mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
  • setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
  • teguh pendirian dengan kebenaran
  • berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  • berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
  • mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
  • berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
  • antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
  • dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.



  • *pesanan ini khas untuk memperingati diri sendiri yang belum sempurna dan insyaAllah untuk readers sekalian :)